Assalamualaikum..
1. Sukar untuk berkata-kata apa-apa sahaja yang berkaitan dengan jodoh. Ia terlalu sensitif. Ya, mungkin bagi saya.
2. Baru beberapa hari lepas dapat panggilan telefon dari kawan lama [kenal since form 1 sampai sekarang]. Nama farahiyah. Dah lama tak chit chat ngan dia.Hampir 15 minit dia col, tetiba dia mengingatkan saya tentang umur saya..Ya, lagi beberapa bulan, akan berakhir tahun 2012, then 2013.Yesss...im 26 next year.Again..dia menyuarakan rasa hati dia.."bila lagi nie ernie..da nk masuk umur 26, takkan nak tunggu unur 30 baru nk kawen"katanya. Saya pun apa lagi..mengelat je keje nye. Emm..usia 25 tahun, rasanya tak terlalu lewat lagi. Dan juga walaupun usia 35 tahun, masih belum lewat untuk berkahwin. Siapa tahu, jodoh itu belum sampai, jodoh saya masih belum sampai.
3. Apabila kita bercakap pasal jodoh, fikiran saya ini saya akui selalu berfikiran negatif. Sangat-sangat susah nak fikir yang positif. Keadaan sekeliling banyak mengajar saya. Semua pengalaman yang dikutip dari orang sekeliling. Tetiba teringat satu madah cinta dari akak saya sendiri, "Adik, kamu kahwin dengan orang yang sayang kamu lebih dari kamu menyayanginya". Apabila difikir-fikir balik, ya...ada betulnya kata-kata itu ya.
4. Saya tersangat suka balik kampung tapi saya akan duduk rumah mak abh, lepak-lepak kt rumah je. Jarang-jarang saya hendak keluar ke rumah mak saudara. Bukan saya tak rasa nak pergi menziarah..juz kadang-kadang tak larat nak menjawab bila ada yang bertanyakan mengenai jodoh saya. Saya ini bukan memilih, tapi mungkin takut. Tipu kalau saya katakan takde pilihan...takut nak hadapi semuanya. Mungkin saya ini terlalu jauh pemikirannya. Semuanya yang negatif plak tue. Hahh..camne tue.
5. Sebenarnya, soal cinta adalah soal hati. Ia juga berkaitan dengan soal jodoh. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. JODOH itu KETENTUAN ALLAH SWT. Siapa tahu, mungkin di usia 30, 40 atau mungkin 50 baru kita ketemu jodoh kita. InsyaAllah...ALLAH maha mengetahui segalanya...
"Cinta tak boleh dipaksa, rindu tak boleh direka, kasih tak boleh dipinta pada manusia. Segalanya hanya mampu dimiliki dan dirasai dengan izin Yang Esa:)"
copy paste: CT NORLYANA fb fren
katahati: sabar kawan-kawan, InsyaAllah, sampai jodoh saya, maka berkahwinlah saya.
katahati: Doakan yang baik-baik untuk saya.
dengan kasih sayang cinta..
cik empunya blog